
Su Zizi (bukan nama sebenarnya), 19, telah menggemparkan Beijing. Mahasiswi di Universiti Renmin, sebuah universiti ternama di China telah mengadakan pameran foto telanjang dirinya. Dia membuat pameran di tempat kuliahnya itu.
Menurut Zizi dia melakukannya kerana memerlukan dana untuk meneruskan kuliah. Dia mengadakan pameran itu akhir bulan lalu. Pihak universiti berusaha melarang pameran bertajuk “Who am I?” serta menghalang laman web yang menampilkan foto-foto Zizi. “Setiap lembar foto, aku mendapat wang,” ujarnya.
Setelah mengadakan pameran, Zizi mengatakan ingin menjadi “body artist”. “Sembilan bulan lalu, aku melakukannya kerana memerlukan wang untuk membayar wang kuliah dan menyelesaikan bayaran perubatan nenekku,” katanya kepada dalam satu wawancara . “Tapi sekarang, aku benar-benar tertarik menjadi seniman,” ujarnya.
Zizi mengatakan apa yang dilakukannya adalah sah. Foto yang ditampilkan adalah suatu bentuk karya seni. “Kerana itu, aku juga berfikir selain menjadi body artist aku juga tertarik jadi fotografi,” kata dia.



























0 memberi komen:
Post a Comment