Anda suka artikel yang kami tulis ? Klik mana-mana iklan agar kami dapat menulis artikel lebih menarik lagi.
SESETENGAH MAKLUMAT PERLUKAN BIMBINGAN DARI ORANG DEWASA

JOIN kami sekarang !

TONTON FILEM LUCAH : REMAJA MELAYU PALING RAMAI



TONTON FILEM LUCAH : REMAJA MELAYU PALING RAMAI


Satu kajian terbaru membuktikan remaja Melayu paling ramai melayari laman web lucah sekali gus mendorong mereka terjebak dengan gejala seks bebas berbanding kaum Cina dan India.

Kajian oleh sekumpulan penyelidik Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia itu mendapati 22 peratus remaja Melayu gemar melayari laman web lucah sama ada di rumah mahupun di kafe siber.

Dapatan kajian turut menunjukkan bahawa 15 peratus remaja Melayu suka melepak, menghisap rokok (13.7 peratus) manakala ponteng sekolah dan memaki hamun orang masing-masing 11.5 peratus.

Pengarah IPSAS, Profesor Dr. Md. Salleh Hassan yang mengetuai kajian itu berkata, bahan pornografi yang terlalu mudah dibeli dan diakses menerusi Internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dengan gejala tersebut.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan, ibu bapa yang ditemu bual tidak mengaku kesilapan anak masing-masing sedangkan si anak mengakui kesalahan salah laku yang dilakukan mereka ketika disoal selidik.

"Dulu, ponteng sekolah yang mendominasi salah laku pelajar tapi kini, mereka yang ditemu bual oleh kumpulan penyelidik kami mengaku lebih suka tengok pornografi dengan ke kafe siber,'' kata Md. Salleh ketika ditemui Kosmo!

Tahukah anda statistik jumlah pengunjung laman web pornografi :

1. Pengunjung pada setiap saat 28,258 orang.
2.Setiap bulan pengunjung yang melayari web pornografi 72 juta orang.
3.Jumlah keseluruhan sebanyak 4.2 juta.

Hasil jualan video pornografi AS$ 4.9 juta melalui laman web.
Perniagaan pornografi sangat menguntungkan berbandingkan syarikat yang terkemuka di dunia seperti Microsoft, Google, Yahoo, Ebay, Amazon, Apple dan sebagainya. Ada sesetengah negara menjana pendapatan negaranya dengan mengunakan perkhidmatan laman web pornografi seperti :

1.Cina menghasilkan keuntungan sebanyak AS$27.40 bilion setiap tahun.
2.Korea Selatan menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 25.73 juta setiap tahun.
3.Jepun menghasilkan keuntungan sebanyak AS$19.98 juta setiap tahun.
4.Amerika Syarikat menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 13.33 juta setiap tahun.
5.Australia menghasilkan keuntungan sebanyak AS$ 2.00 juta setiap tahun.
6.Britain mengasilkan keuntungan sebanyak AS$ 1.97 juta setiap tahun.

Negara-negara yang paling banyak menghasilkan laman web pornografi ini ialah :

1.Amerika Syarikat menghasilkan laman web pornografi sebanyak 244,661,900.
2.Jerman menghasilkan laman web pornografi sebanyak 10,030,200.
3.Britain menghasilkan laman web pornografi sebanyak 8,506,800.
4.Australia menghasilkan laman web pornografi sebanyak 5,655,800.
5.Jepun menghasilkan laman web pornografi sebanyak 2,700,800.

APAKAH HUKUM MENONTON FILEM LUCAH MENURUT ISLAM ?

Jelas di sini sesungguhnya menonton video porno ini adalah haram di sisi Islam dengan apa jua alasan sekalipun, kerana video porno ini menayangkan aurat dan kemaluan orang lain sehinggakan ada penontonnya menjadi khayal dan seronok melihat aksi pelakonnya. Paling menakutkan ialah penonton tersebut akan mencari pasangannya untuk melakukan hubungan seks dengan aksi-aksi yang telah ia lihat, melakukan hubungan seks dengan isterinya seolah-olah dia sedang bersama dengan pelakon tersebut, ini sangat bahaya, Datuk mencari cucunya untuk menikmati seks seperti yang ditontonnya, Bapa mencari anaknya untuk mencuba teknik yang ditontonnya dan banyak lagi yang tak perlu disebut.

Lagipun jika ditinjau dari sudut aksi dan teknik hubungan seks yang dilakukan pelakon video porno sangat bertentangan dengan kaedah hubungan seks menurut Islam. Bagi sesiapa yang hendak berumah tangga carilah buku-buku yang berkaitan hubungan seks menurut Islam dipasaran sangat banyak dan jangan sesekali menjadikan video porno sebagai tempat pembelajaran teknik hubungan seks setelah berkahwin.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : “Jangan hampiri Zina”. Jauhkanlah diri kita dari menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat dibenci oleh Allah. Siksaan bagi orang yang berzina ini sangat berat dan dahsyat. Salurlah nafsu kepada orang yang paling berhak iaitu isteri yang sah dan binalah kebahagiaan bersamanya dengan pendekatan Islam, semoga rumah tangga yang didirikan mendapat KEBERKATAN-NYA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 memberi komen:

Post a Comment

LINK DARI SAHABAT KAMI